Tuesday, 21 April 2015

cinta kurnia Ilahi

bismillah,

MALAY POST ALERT!

sedang asyik menyelak sehelai demi sehelai naskah surat khabar percuma syarikat,
satu senyuman yang panjang singgah di wajah si isteri..
teringat gelagat si suami yang seringkali dibulinya di rumah..

pastinya dalam hubungan suami isteri ada saja panahan-panahan berbisa singgah menyapa..

kekurangan si suami tampak jelas, manakala kelebihan si isteri cuma pada berat badan nya..
janji dengan diri untuk saling melengkapi,
namun seringkali pelengkap itu tidak pernah tepat...

gaduh, merajuk...cume selang sehari..kadang selang sejam...
jika dulu perkahwinan di anggap manis dan bahagia,
cume garam dan derita yang nampaknya menonjolkan diri...

astagfirullah,
satu ungkapan yang seringkali di ungkap...
memiliki seorang suami yang kuat cemburu dan manja...
pastinya sukar...
dan memiliki seorang isteri yang kasar dan kuat merajuk,
juga bukan mudah..

alhamdulillah,
walau derita itu sering menyinggah,
walau bahagia itu cuma sedetik,
namun apa yang aku pasti,
kami suami isteri telah cuba yang terbaik..

mungkin belum cukup ilmu menyantuni hati,
mungkin belum mahir untuk hidup berdua,
tapi Allah swt sentiasa ada untuk mengingati...

cinta itu perlukan pengorbanan..
bahagia itu perlukan masa...

dalam perkahwinan,
pasti dalam kekalutan kerja di ofis,
singgah lah senyuman teringatkan "cinta hati kurnia ilahi"..

gurauan semalam mencetus bahagia,
kedukaan kelmarin semakin hilang bersama debu2 yang di lap makcik cleaner...
jauh di sudut hati,
doa agar tetap bersama hingga ke jannah...
bersama anak2 yang soleh dan solehah..

p/s: makin lambat kahwin, makin lambat dapat anak...makin lambat dapat doa anak soleh...rruuugggiii!

No comments:

Post a Comment

have a break